Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial terhadap teman lelakinya yang terlalu berjimat sehingga sambutan hari-hari istimewa mereka terasa hambar.
Dia berkongsi bagaimana teman lelakinya hanya membawa dia makan di kedai nasi campur pada hari jadi dan ulang tahun perhubungan, tanpa sebarang hadiah atau sambutan bermakna. Meskipun memahami keperluan untuk berjimat, dia berharap teman lelakinya akan meluangkan sedikit usaha agar hari-hari istimewa mereka lebih bermakna.
Pada awal perhubungan, dia tertarik kepada sikap teman lelakinya yang bercita-cita tinggi
“Dia berasal dari keluarga kelas pertengahan yang sederhana. Dia pandai merancang masa depan, selalu ada perancangan untuk masa depan kami. Kadang-kadang, dia pun ajar saya tentang pengurusan kewangan,” ujarnya.
Namun, sikap lelaki itu yang terlalu berjimat kadang-kadang membuatkan dia berasa kecewa, terutama pada hari-hari istimewa.
“Setiap kali bila ada hari penting macam ulang tahun atau hari jadi saya, dia cuma bawa saya makan di kedai nasi campur. Lepas makan, terus balik, tiada apa-apa hadiah pun.
“Saya faham kami perlu berjimat, tak perlu pun bawa ke tempat mahal seperti restoran mewah atau sambutan besar-besaran. Tapi sekurang-kurangnya pilihlah tempat yang istimewa sikit. Mungkin kafe yang ada suasana, atau tempat yang ada hidangan istimewa macam makanan Barat atau Jepun,” tambahnya.
Ketika ditanya mengenai mengapa suka makan nasi campur, teman lelakinya menjawab, “Nasi campur mudah, ada banyak pilihan. Jadi kita tak perlu gaduh nak makan apa”.
Jawapan itu membuatkan dia kecewa, seolah-olah teman lelakinya tidak menghargai kepentingan hari istimewa.
“Ada tak cara nak buat dia faham betapa pentingnya hari-hari istimewa dalam hubungan? Bukannya selalu pun, setahun sekali pun cukup!” ujarnya.
Apa pendapat korang? Patut ke teman lelaki ni berjimat sampai macam tu, atau dia kena lebih romantik sikit masa hari-hari penting? Komen dan share pandangan korang di Facebook dan Instagram The Reporter!