Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 38, kini berdepan 11 pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Menurut saksi kesembilan pendakwaan, dia telah menghubungi Ebit Lew melalui Instagram pada 4 Mac 2021 untuk meminta nasihat berhubung masalah kekeluargaan. Ebit Lew kemudian meminta nombor telefonnya dan sejak itu, saksi kerap menerima panggilan daripadanya melalui WhatsApp.
Saksi mendakwa bahawa Ebit Lew telah mengirimkan gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 14 Mac 2021 dan membuat panggilan video pada 29 Mac 2021 yang memperlihatkan alat sulitnya. Saksi juga mendakwa dia dipaksa oleh tertuduh untuk menjawab panggilan video yang memperlihatkan alat sulitnya pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021.
Selain itu, saksi turut mendakwa tertuduh pernah meminta dia melakukan perbuatan bertukar pasangan di mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.
Pada 11 Julai 2021, saksi sekali lagi bertindak menyekat nombor telefon Ebit Lew, apabila tertuduh memaksanya menjawab panggilan video dan menghantar teks di aplikasi WhatsApp. Malah memaksa saksi menghantar gambar dan memarahi saksi kerana tidak melayan kehendaknya.
Pada 29 Julai 2021, saksi menghubungi Ebit Lew apabila tersebar beberapa gambar mengaitkan tertuduh dengan kes gangguan seksual di mana beliau mengakui ada laporan dibuat terhadapnya, sebelum saksi mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 7 Ogos 2021.
Sumber: Harian Metro