Saksi akui hantar gambar dada kepada Ebit Lew, tetapi nafi curang kepada suaminya | The Reporter

Saksi akui hantar gambar dada kepada Ebit Lew, tetapi nafi curang kepada suaminya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengadu dalam kes pendakwah, Ebit Lew, menafikan bahawa dia curang kepada suaminya. Menurut pengadu, gambar payudara yang dihantar kepada Ebit Lew dilakukan tanpa kerelaannya.

Pengadu yang merupakan saksi kesembilan dalam perbicaraan ini, membuat kenyataan tersebut semasa sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh, di Mahkamah Tenom.

Dalam sesi tersebut, pengadu mengakui menghantar gambar payudara kepada individu yang tidak dikenali adalah satu kesalahan kepada suaminya. Namun, dia menegaskan tindakan tersebut bukan dilakukan dengan rela hati.

Ram Singh kemudian bertanya sama ada tindakan menghantar gambar tersebut bermaksud pengadu telah curang kepada suaminya. Pengadu menjawab, “Tidak, sebab saya bukan rela.”

Pengadu turut menceritakan reaksi suaminya apabila dimaklumkan mengenai gambar tersebut.

“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami. Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah,” katanya.

Ram Singh juga bertanya mengenai nasihat suami pengadu selepas mengetahui perkara tersebut. Pengadu menjawab, “Dia (suami) suruh saya berhenti layan WhatsApp.”

Namun, pengadu mengakui dia masih berkomunikasi dengan Ebit Lew melalui Instagram walaupun telah menyekat nombor telefon pendakwah tersebut.

“Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya. Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi. Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah,” katanya.

Pengadu menegaskan dia tidak suka kepada Ebit Lew walaupun masih berkomunikasi dengannya. Mahkamah ditangguhkan dan akan disambung pada jam 2.30 petang Isnin.

Ebit Lew, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, menghadapi 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts