12 jam lalu, pelakon Sharifah Sakinah, memuat naik video di Instastory yang menunjukkan dia sedang menari dengan seekor anjing dalam dakapannya, mengundang perhatian netizen.
Dalam video itu, pelakon berusia 35 tahun itu kelihatan sedang seronok menari dengan anjing berwarna putih bertompok hitam itu.
Menurut laporan Kosmo! Online, video itu dirakam semasa Sakinah sedang bercuti di sebuah pulau peranginan di Bali, Indonesia.
Namun, tindakan Sakinah itu mendapat reaksi negatif dan kecaman di media sosial. Ada netizen menganggap tindakannya sebagai tidak sensitif, khususnya sebagai seorang wanita Muslim.
Ada juga netizen yang mendakwa pelakon itu sengaja mencari kecaman dengan secara terbuka dengan memuat naik video dirinya menari dengan anjing tersebut di media sosial.
“Dia memang minta orang kecam ke? Nak banyakkan dosa orang? Dah tak tahu haram dan halal. Rosak dah otaknya. Buat malu keturunan betul,” kata netizen.
Sumber: Kosmo! Online, HibGlam