Saiful Apek dilarang cium jenazah ibu, terkejut bila diberitahu bukan anak kandung - The Reporter

Saiful Apek dilarang cium jenazah ibu, terkejut bila diberitahu bukan anak kandung

Saiful Apek bukan anak kandung
Saiful Apek

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelawak terkenal, Saiful Apek, berkongsi pengalaman peribadi yang menyentuh hati apabila mengetahui dirinya adalah anak angkat pada hari kematian ibu angkatnya. Pendedahan ini dikongsi dalam sesi temu bual bersama Dol’s Podcast.

Menurut Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, rahsia keluarganya terbongkar ketika usianya mencecah 21 tahun. Kejadian itu berlaku apabila dia dilarang mencium jenazah ibu angkatnya dengan alasan bukan mahram.

@dolspodcast

Saiful Apek baru tau beliau anak angkat masa nak cium arwah ibu semasa meninggal dunia 🥲. Layan Episod 52, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @Saiful Apek GITU2 #dolspodcast

♬ Tragic Story – Scorpiano

“Bila saya nak cium (ibu angkat), tiba-tiba ada suara dalam kalangan orang ramai yang kata tak boleh. Mereka cakap saya bukan mahram. Saya terkedu. Di situ mereka beritahu saya anak angkat. Umur saya 21 tahun masa tu. Tapi saya tak peduli, saya tetap tarik dan cium juga. Ini ibu saya,” katanya.

Saiful turut menjelaskan bahawa dirinya diambil sebagai anak angkat ketika berusia kurang seminggu, dan ibu angkatnya tidak pernah menyusukannya kerana tidak dapat melahirkan zuriat.

Pendedahan pelawak ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang tersentuh dengan kisah hidup Saiful dan memuji kasih sayang tulusnya terhadap ibu angkat. Ada juga yang menjelaskan bahawa dalam agama Islam, mencium jenazah si mati dibenarkan walaupun bukan mahram.

Saiful Apek sememangnya dikenali sebagai seorang pelawak yang sering menceriakan orang ramai, namun kisah hidupnya ini menyerlahkan sisi emosional yang jarang diketahui.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!