Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang hanya beberapa jam selepas beliau mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden BERSATU.
Dalam kenyataan rasmi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pengguguran itu dibuat hasil keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada malam Isnin. Saifuddin digantikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkuat kuasa 28 Oktober 2025.
Selain Saifuddin, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut digugurkan sebagai Pengerusi PN negeri dan tempatnya diambil alih Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Baca juga:
- Baru desak Muhyiddin berundur, Saifuddin digugurkan dari Pengerusi PN Pahang
- ‘Kalau tak suka, tubuhkan PAS Airlines’ – Lim Lip Eng
- Anwar kesal digelar ‘Perdana Menteri Telefon’
Digugurkan selepas desak Muhyiddin berundur
Tindakan terhadap Saifuddin muncul tidak lama selepas beliau secara terbuka mendakwa Muhyiddin sudah hilang kualiti kepimpinan yang pernah dimilikinya.
Menurut Saifuddin, Muhyiddin kini gagal menunjukkan kepimpinan berasaskan adab dan ilmu, malah mengabaikan mesyuarat penting Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
“Dia tak panggil mesyuarat MPT, bagaimana nak bincang? Dia tak dapat cari menantu dia, bagaimana kita nak cari dia?” katanya sinis.
Azmin dan Tun Faisal turut digesa berundur
Saifuddin turut menamakan dua lagi pemimpin kanan BERSATU iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Faisal Ismail Aziz agar turut berundur.
Beliau menuduh Azmin bertindak terlalu autokratik dan mengeluarkan “surat drakonian”, selain belum menyelesaikan isu peribadi yang menjejaskan kredibiliti parti.
Sementara itu, Tun Faisal pula disifatkan gagal memainkan peranan sebagai Ketua Penerangan BERSATU kerana lebih menonjol sebagai “ketua provokasi” dalam parti.
Saifuddin menegaskan desakan yang dibuat bukan untuk menghancurkan BERSATU, tetapi bagi menyelamatkan parti daripada terus tercalar akibat kepimpinan sedia ada.
Sumber: Berita Harian, Bernama









