'RXZ Members 7.0 bukan medan politik' | The Reporter

‘RXZ Members 7.0 bukan medan politik’

Suasana RXZ Members 7.0
Gambar: Facebook RXZ Members 7.0

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penganjur program RXZ Members 7.0 menegaskan bahawa acara tahunan itu bukanlah medan politik, sebaliknya sebuah program santai yang meraikan minat serta hobi peminat permotoran di seluruh negara.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan RXZ Members Official, mereka menjelaskan bahawa sejak edisi pertama lagi, program berkenaan dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Terengganu yang sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai bentuk.

“Sokongan kerajaan negeri tetap ada sama ada melalui kewangan, kemudahan, khidmat nasihat, mahupun kerjasama secara tidak langsung. Kami sangat menghargai jasa baik ini kerana tanpa sokongan tersebut, sukar untuk RXZ Members menjadi acara besar yang dinanti saban tahun,” ujar kenyataan itu.

Baca juga:

Dalam kenyataan itu juga, penganjur menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah memberikan sumbangan.

RXZ Members 7.0, tambah mereka, adalah ruang untuk orang ramai berkumpul, berukhuwah dan mengeratkan silaturahim, khususnya warga Terengganu dan rakyat Malaysia amnya.

“Ia bukan medan politik, tetapi ruang untuk kita sama-sama meraikan minat dan hobi dengan penuh harmoni,” jelas pihak penganjur.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberi sokongan sejak penganjuran pertama hingga ke edisi terkini.

“Doa dan semangat kalianlah yang menjadi kekuatan kami untuk terus menjayakan acara ini tahun demi tahun,” katanya.

Related Posts