Rugi RM43.9 juta: Founder FashionValet dijangka didakwa pecah amanah Khamis ini - The Reporter

Rugi RM43.9 juta: Founder FashionValet dijangka didakwa pecah amanah Khamis ini

FashionValet pecah amanah
Sumber gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Khamis ini.

Mereka berdepan pertuduhan berkaitan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pasangan itu ditahan tengah hari tadi dan telah dibebaskan dengan jaminan untuk hadir ke mahkamah.

Difahamkan, SPRM mengesan beberapa transaksi mencurigakan dalam pelaburan FashionValet dari tahun 2018 hingga tahun lalu. Tindakan itu membawa kepada serbuan ke atas FashionValet, Khazanah, PNB, dan Kementerian Kewangan (MOF), di mana kira-kira 60 kotak dokumen dirampas bagi membantu siasatan.

Pasangan ini turut memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, berkaitan kes pecah amanah mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, isu kerugian pelaburan tersebut menarik perhatian umum di media sosial. Vivy dan Fadzaruddin juga pernah memohon maaf atas kontroversi berkenaan, mengakui kesilapan dalam perancangan perniagaan yang agresif semasa pandemik Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!