Rugi RM200K, pengarah syarikat disamun di lampu isyarat | The Reporter

Rugi RM200K, pengarah syarikat disamun di lampu isyarat

Sumber Gambar: Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengarah syarikat barang lusuh berdepan detik cemas selepas disamun sekumpulan lelaki bersenjata di lampu isyarat berhampiran sebuah sekolah di Seksyen 33, Shah Alam, pada Isnin.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kembara sedang berhenti di lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal.

“Kejadian ini juga telah tular di media sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka kenderaan kereta pengguna jalan raya lain.

“Menerusi rakaman itu, dua suspek yang memakai topi keledar berhenti di sebelah kiri kereta mangsa diikuti sebuah kereta jenis Perodua Alza yang berada di belakang bertindak menghalang laluan dengan memintas kereta mangsa.

“Supek yang membonceng motosikal telah pergi ke arah mangsa lalu memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan sebilah kapak dan mencabut kunci kereta bagi menghalang mangsa melarikan diri,” katanya.

Larikan wang tunai RM200,000

Kemudian ujarnya lagi, seorang lagi rakan suspek yang menaiki Perodua Alza telah membuka pintu penumpang hadapan kereta mangsa sebelum melarikan beg yang mengandungi wang tunai RM200,000.

Difahamkan, wang tunai milik syarikat mangsa itu dipercayai baru dikeluarkan dari sebuah bank berdekatan.

“Mangsa bagaimanapun tidak alami kecederaan dan semakan polis mendapati nombor pendaftaran Perodua Alza yang digunakan suspek adalah palsu,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts