'Rindu Mak' - Luahan pada nota tentang pemergian ibu buat ramai sebak | The Reporter

‘Rindu Mak’ – Luahan pada nota tentang pemergian ibu buat ramai sebak

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Pak Su puisi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kata orang, kita tidak akan merasai sakitnya sebuah kehilangan jika kita tidak diuji dengan perkara itu apatah lagi kehilangan itu melibatkan pemergian orang yang tersayang.

Dan pemergian yang paling kita rasai adalah jika ibu kita ditakdirkan meninggal dunia. Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat itu.

Perkara ini juga dibuktikan melalui satu eksperiman sosial yang dibuat oleh penulis buku yang dikenali sebagai Pak Su Puisi di Pasar Seni meminta orang awam menulis nota ‘bila kali terakhir kau menangis, kenapa?’

@azenansabu

Replying to @nurul.kecik0 Bila kali terakhir kau menangis? Edisi ‘Mak’ Semua orang punya cerita tersendiri. Ada yang nak kita baca lagi? #notesfromstrangers #quotes #katakatamotivasi #notapaksu #mom

♬ Adagio – Secret Garden

Rata-rata dalam tulisan nota berkenaan menyatakan kerinduan terhadap ibu mereka.

“Rindu mak,” antara luahan yang paling banyak ditulis dalam nota berkenaan.

Menerusi ruangan komen juga ramai yang merasai kesedihan yang sama apabila telah kehilangan ibu. Kata mereka kesedihan dan kerinduan itu tidak tertanggung meskipun reda dengan apa yang telah ditakdirkan.

Ada juga yang mengatakan ibu diibarat seperti kawan baik, tempat mengadu segala perkara dan kehilangannya seolah hilang segala kekuatan.

Related Posts