Rider Shopee Food lempar kata-kata berunsur gangguan seksual digantung perkhidmatan

Susulan tular video Rider Shopee Food melemparkan kata-kata gangguan seksual tehadap seorang wanita, syarikat platform e-dagang, Shopee telah menggantung perkhidmatan lelaki terbabit. 

Baca: ‘Saya cakap, kalau dekat Thailand ini perempuan sedap’ – Rider Shopee Food lempar ayat gangguan seksual terhadap wanita

Dalam kenyataan medianya semalam, Shopee memaklumkan tindakan tatatertib itu diambil bagi mengelak kejadian itu berulang kembali. Tegas Shopee, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kakitangan yang terbabit dalam kes berkelakuan buruk yang bertentangan dengan dasar syarikat. 

“Sebarang tingkah laku buruk adalah bertentangan dengan dasar syarikat kami dan tidak boleh diterima. Kami telah mengambil tindakan tatatertib segera untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, termasuk menggantung perkhidmatannya,” katanya. 

Dalam video tular itu, lelaki yang dianggarkan berusia 40-an itu didakwa melemparkan kata-kata berunsur gangguan seksual terhadap seorang wanita yang ketika itu sedang berjalan menuju ke sebuah kafe bersama teman lelakinya. 

“Kalau dekat Thailand, ini perempuan sedap”, kata Rider Shopee Food berkenaan.

Terkejut mendengar kata-kata itu, mangsa terus berdepan dengan rider terbabit, namun dia diherdik oleh lelaki iu. 

“Kau pehal?! Ingat bagus sangat? Apa tengok-tengok?!” – seperti mana yang diceritakan semula oleh teman lelaki mangsa. 

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts