'Rider Lalamove cuba menyerang leher security itu' - Lelaki blazer merah tampil pertahankan diri, buat laporan polis - The Reporter

‘Rider Lalamove cuba menyerang leher security itu’ – Lelaki blazer merah tampil pertahankan diri, buat laporan polis

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan video penghantar barang Lalamove dipukul tular di media sosial. Lelaki yang memakai blazer merah dalam video berkenaan tampil mempertahankan diri daripada kecaman netien.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh lelaki itu di Balai Polis Dang Wangi, kejadian itu berlaku pada jam 1 tengah hari Jumaat, 3 November 2023 di Menara IQ, Persiaran TRX, Kuala Lumpur.

Jelas lelaki itu, pengawal keselamatan pada waktu kejadian tidak membenarkan rider Lalamove menghantar barang yang dibeli oleh Sakinah (perakam video) di lobi utama Menara IQ.

Rider Lalamove cuba serang security

“Telah berlaku pergaduhan mulut di antara security dan rider Lalamove tersebut.

“Selepas kejadian itu, rider Lalamove cuba menyerang leher security menggunakan tangan. Tetapi saya sempat menghalang dengan menjatuhkan dia.

“Dalam masa sama, Sakinah merakam perbuatan saya. Dimuat naik video itu ke dalam Facebook… mengatakan saya yang salah dalam situasi tersebut.

“Video yang diviralkan itu adalah tidak benar dan hanya menunjukkan kejadian separuh sahaja,” katanya.

Dalam laporan sama, dia mendakwa kejadian itu bagaimanapun telah diselesaikan dengan cara baik. Di mana rider Lalamove telah berdamai dengan pengawal keselamatan terbabit.

Siasatan sedang dijalankan

Sedar video itu menerima kecaman teruk di media sosial, lelaki itu tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya, selain bimbang penularan video tanpa penjelasan cerita sebenar akan menjejaskan pekerjaannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof berkata, pihaknya telah memanggil lima individu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan.

Pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!