Rider 'bantai' side mirror kenderaan guna SmartLane - The Reporter

Rider ‘bantai’ side mirror kenderaan guna SmartLane

SmartLane adalah inisiatif dari PLUS Malaysia yang bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya dan mengurangkan kesesakan trafik.

Inisiatif ini pertama kali diperkenalkan sebagai ujian di North Klang Valley Expressway (NKVE) pada tahun 2019 untuk mengatasi kesesakan trafik di laluan Setia Alam ke pintu tol Shah Alam semasa waktu puncak.

Malangnya, masih ada pengguna jalan raya yang tidak cakna dengan kewujudan SmartLane. Seperti yang berlaku semalam, seorang penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab merosakkan cermin sisi kenderaan yang menggunakan laluan tersebut.

“Di laluan SmartLane pun kena (bantai) side mirror. Tepi highway selang 500 meter ada papan tanda SmartLane,” kata mangsa, Akhi Ismile, menerusi hantaran di Facebook Group Dashcam Malaysia.

Tinjauan dalam ruangan komen hantaran itu mendapati, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan SmartLane dan rata-rata mengecam tindakan mangsa menggunakan ‘lorong kecemasan’.

Mangsa dituduh guna laluan kecemasan?
Rider tak cakna tentang SmartLane

Justeru, netizen menggesa mangsa tampil membuat laporan polis terhadap penunggang motosikal terbabit atas dakwaan merosakkan harta benda orang lain dengan jelas dan sengaja.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!