Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Berita baik untuk korang yang sering menggunakan khidmat e-hailing, kini korang diberi pilihan terbaru iaitu Lalamove, yang baru saja dilancarkan baru-baru ini.
Lalamove Tawar Khidmat Pengangkutan & Penghantaran Jauh Lebih Berbaloi Dalam Satu Aplikasi
Menerusi perkhidmatan terbaru ini, Lalamove kini boleh menghubungkan pengguna dengan rakan kongsi pemandu yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang navigasi trafik bandar.
Perkara ini dapat menjadikan perjalanan pengguna lebih pantas, hasil pengambilan segera daripada pemandu yang menggunakan laluan alternatif yang lebih efisien.
Bukan itu saja, memandangkan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran boleh diakses dalam satu aplikasi, ia dapat memberikan pengguna kelonggaran untuk bertukar antara menempah perjalanan dan menjadualkan penghantaran tanpa perlu menggunakan aplikasi berbeza.
Justeru itu, ia dapat menjimatkan masa pengguna supaya mereka dapat menikmati perjalanan ulang-alik sepenuhnya, tanpa perlu risau dengan sebarang kemungkinan.
Lalamove Buka Peluang Dalam Pertumbuhan Profesional & Kewangan Untuk Rakan Kongsi Pemandu
Selain itu, Lalamove juga tak melepaskan peluang menawarkan perkhidmatan mereka kepada rakan kongsi pemandu supaya mereka menjana peluang pendapatan yang lebih luas.
Menerusi proses permohonan yang mudah, ia dapat membolehkan mereka untuk mengakses ride-hailing bersama operasi penghantaran semasa hanya dengan menggunakan satu platform.
Bukan itu saja, dengan mempelbagaikan permintaan perjalanan dan pesanan penghantaran, rakan kongsi pemandu boleh memanfaatkan keperluan pengangkutan yang berkembang di pasaran tempatan dan menambah pendapatan mereka.
Menurut Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, perkhidmatan ride-hailing terbaru Lalamove ini dapat menangani cabaran pengangkutan yang sering dihadapi oleh penumpang di Lembah Klang, seperti kelewatan pada waktu kemuncak serta cuaca tak menentu.
Katanya lagi, Lalamove menyasarkan untuk memudahkan perjalanan harian dengan menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna, selain memberi peluang pendapatan lebih banyak kepada komuniti rakan kongsi pemandu.
Oleh itu, Lalamove komited terhadap keterjangkauan dan penetapan harga yang telus agar dapat meningkatkan lagi cadangan nilai kepada pengguna, menerusi anggaran tambang pendahuluan di mana pengguna boleh merancang kewangan sewajarnya sebelum menempah.
Dedikasi platform Lalamove terhadap kemudahan, kecekapan dan keterjangkauan menetapkan standard baru untuk pengangkutan atas permintaan, membolehkan pengguna menavigasi bandar mereka dengan lebih mudah dan pantas.
Panduan pengguna untuk memesan perjalanan dengan aplikasi Lalamove.Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lalamove: https://www.lalamove.com/en-my/ride