'Saya kesal & minta maaf' - Rex Tan akui silap, gagal jaga sensitiviti | The Reporter

‘Saya kesal & minta maaf’ – Rex Tan akui silap, gagal jaga sensitiviti

Rex Tan membuat permohonan maaf terbuka dan mengakui kesilapan serta kegagalan menjaga sensitiviti isu Gaza.
Rex Tan mohon maaf secara terbuka, akui silap dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kontroversi yang tercetus. | Sumber gambar: Reuters / Free Malaysia Today

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi soalan yang dikemukakannya dalam satu wacana awam berkaitan Gaza pada 12 Januari lalu. Beliau mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada kegagalan menilai sensitiviti konteks serta implikasi soalan yang diajukan.

Dalam kenyataan panjangnya, Rex menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketegangan yang tercetus dan berharap isu berkenaan dapat diredakan segera tanpa menjejaskan FMT, keluarganya atau mana-mana pihak lain.

Baca juga:

Tiada niat bandingkan kaum

Rex menjelaskan beliau sama sekali tidak berniat membandingkan keadaan masyarakat Cina di Malaysia dengan nasib rakyat Palestin, serta menafikan penggunaan istilah “apartheid” seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menurutnya, perbandingan sedemikian tidak masuk akal dan tidak pernah menjadi tujuan asal soalan tersebut.

Beliau turut mengakui rujukan kepada sejarah Malaya dalam soalan itu sebagai keterlaluan, tidak relevan dan mengelirukan, selain mengakui kegagalan bersikap profesional sebagai seorang wartawan dalam situasi berkenaan.

Mohon tidak heret FMT

Pada masa sama, Rex mengulangi sokongan penuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka dan hidup bebas daripada pencerobohan Israel. Namun, beliau menegaskan bahawa kelemahan dan kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri, tanpa menyalahkan mana-mana pihak lain.

Sehubungan itu, beliau merayu agar FMT tidak dilibatkan atau dijadikan sasaran, begitu juga ahli keluarga serta kenalannya. Rex menutup kenyataannya dengan permohonan maaf secara ikhlas kepada semua pihak yang tersinggung, sambil berharap isu tersebut tidak terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts