Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dalam perkembangan terkini kes seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang cedera dan menerima 12 jahitan di kepala akibat dibelasah bapanya, polis percaya mangsa pernah dirogol oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya percaya mangsa dibelasah oleh suspek yang berang setelah mendapati anak perempuannya itu menceritakan peristiwa tersebut kepada teman wanita suspek yang tinggal serumah dengan mereka.
Mangsa mendedahkan perkara itu kepada doktor semasa dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihan (HTAN), Kuala Pilah.
Difahamkan, kejadian rogol itu berlaku pada 12 November 2023. Semasa kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di rumah.
Suspek telah masuk ke bilik mangsa dan merogolnya. Suspek kemudian mengugut mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan mendapati ada kesan koyakan lama di bahagian hymen mangsa.
Suspek telah ditahan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.
Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan sumbang mahram. Seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan juga boleh dihukum dengan sebatan.
Sumber: Harian Metro, WCC Penang