Remaja 17 tahun hidap penyakit paru-paru kekal selepas 3 tahun hisap vape | The Reporter

Remaja 17 tahun hidap penyakit paru-paru kekal selepas 3 tahun hisap vape

Remaja perempuan sedang terbaring di katil hospital akibat komplikasi paru-paru.
Tiga tahun vape secara senyap, paru-paru remaja rosak kekal.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu dari Nevada, Amerika Syarikat berkongsi pengalaman yang amat menakutkan apabila anak perempuannya yang berusia 17 tahun disahkan menghidap penyakit paru-paru kekal selepas tiga tahun menghisap rokok elektronik atau vape secara senyap.

Christie Martin berkata, dia menerima panggilan panik daripada anaknya, Brianne Cullen, yang mengadu tidak dapat bernafas ketika menyertai latihan sorak.

“Dia telefon dan cakap berulang kali ‘saya tak boleh bernafas’, saya memang takut sangat waktu tu,” katanya.

Brianne segera dikejarkan ke unit kecemasan dan diberi bantuan oksigen serta ubat-ubatan sebelum disahkan menghidap bronchiolitis obliterans, atau lebih dikenali sebagai ‘popcorn lung’ — sejenis penyakit paru-paru yang disebabkan oleh pembentukan tisu parut dalam saluran udara, sekali gus menyekat pernafasan secara kekal.

Menurut Christie, anaknya mula menghisap vape sejak umur 14 tahun tanpa pengetahuan keluarga.

“Dia beli satu vape $25 (RM110) setiap bulan selama tiga tahun. Saya langsung tak tahu dia menghisap vape,” katanya.

Doktor yang merawat Brianne di Hospital St. Rose Dominican memberinya inhaler dan memberitahu bahawa walaupun rawatan awal membantu, kerosakan paru-paru itu kekal dan boleh menyebabkan komplikasi lain seperti kanser.

Christie mengaku rasa bersalah dan sedih atas apa yang berlaku.

“Saya rasa saya gagal sebagai ibu. Kalau merokok, paru-paru boleh pulih.. tapi ‘popcorn lung’ tak boleh sembuh,” katanya yang juga menyeru ibu bapa lain agar lebih peka dan menentang penjualan vape kepada remaja.

“Saya harap vape ni diharamkan terus. Ia lebih teruk daripada rokok. Kisah ini patut dijadikan pengajaran buat semua agar tidak memandang ringan bahaya vape terhadap remaja,” tegasnya.

Related Posts