Rayuan ditolak, Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun - The Reporter

Rayuan ditolak, Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun

Sumber Gambar: Bernama

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrown Down yang dikenali sebagai Bella tiga tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat selepas hakim Datuk Noorin Badaruddin menolak rayuan Siti Bainun untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Dalam pada itu, Noorin turut menolak permohonan peguam Haijan Omar yang mewakili Siti Bainun untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini difailkan di Mahkamah Rayuan.

18 kecederaan dan parut pada badan Bella

Dalam penghakimannya, Noorin berkata, terdapat 18 kecederaan dan parut pada badan mangsa dibuktikan oleh kesemua saksi perubatan bahawa kecederaan itu adalah bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri (Bella).

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Selain daripada itu, mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!