Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, mengakui membuat pembedahan plastik di bahagian hidungnya kerana ditaja untuk menjalani prosedur tersebut.
“Ya, saya baru buat hidung, tiada apa nak sorok. Saya dibayar dan sudah menjadi tugas saya untuk buat video mengenainya di media sosial,” katanya.
Dalam masa sama, Zarina juga mahu memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berjumpa dengan doktor yang betul untuk melakukan prosedur sedemikian.
“Saya hanya mahu berkongsi pengalaman menjalani prosedur pembedahan plastik di luar negara kepada orang ramai.
“Saya tak kisah dengan kecaman kerana orang akan kecam kalau artis itu tidak mengaku. Bila saya mengaku buat hidung pun orang tetap kecam juga,” katanya.
Jelas Zarina, dia tiada masalah dengan bentuk asal hidungnya, tetapi seperti kebanyakan perempuan lain memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.
Bagaimanapun, Zarina mengakui hidung baru itu membuatkan dia berasa seperti bukan dirinya sendiri. Malah, dia tidak menolak kemungkinan untuk membuang implan hidungnya pada hujung tahun ini.
“Saya gembira dengan hidung (bentuk asal) saya, cuma saya dibayar untuk melakukannya. Tetapi sebenarnya saya rasa ini bukan diri saya, mungkin hujung tahun nanti saya buka implan ini.
“Saya saja je nak tengok macam mana, apa pengalamannya dan lain-lain. (Hidung baru) tidaklah teruk, cuma saya rasa macam bukan diri saya.
“Perempuan tak pernah puas, saja gatal-gatal (mencuba),” katanya.
Sumber: Harian Metro, OhBulan!