Satu rakaman kamera litar tertutup tular memaparkan insiden seorang bapa memarahi guru sekolah anaknya dan disaksikan oleh orang ramai.
“Layak ke seorang guru yang bergaji kecil dan tak pernah mengharap habuan dunia dilayan begini? Yang mereka jaga adalah anak kita, kita tak mampu jaga anak kita disebabkan kekangan masa kita bekerja dan sebagainya, jadi apa salahnya guru dihormati dek kerana kesudian mereka memilih tugas mulia ini.
“Menghormati guru adalah tuntutan agama jadi kalau guru ada salah tegur sehalus mungkin, bukan aib kan guru begini, entahlah… semakin bertambah hormat saya pada seluruh guru didunia ini, dah kena macam ni pon masih mampu bersabar,” tulis hantaran berkenaan.
Punca insiden itu dikatakan gara-gara guru berkenaan telah memotong rambut anaknya tanpa kebenaran.
“Yang kau usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?”
“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak, Rasullah rambut macam mana? Rasullah rambut macam mana? Aku tanya kau!,” marahnya lagi.
Tindakan bapa pelajar berkenaan mengundang kecaman netizen dan menganggap bapa pelajar berkenaan sangat bersikap kurang ajar.
Sumber: furqanfawwaz








