'Rakyat Malaysia sememangnya tak mahu & tak setuju salur bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia' - Aman Palestin. - The Reporter

‘Rakyat Malaysia sememangnya tak mahu & tak setuju salur bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia’ – Aman Palestin.

Sumber gambar: Malay Mail

Aman Palestin yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyeleweng dana sumbangan awam, dikatakan berpunca daripada isu tidak menyalurkan bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah, Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, isu itu datang daripada sumber Kedutaan Palestin di Malaysia.

“Isu duit sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai kepada rakyat Palestin ini baru sahaja ditimbulkan. Ia datang daripada sumber Kedutaan Palestin di Malaysia. Kenyataan itu kemudian diambil (yang membawa kepada tindakan pembekuan akaun),” katanya.

Sedangkan sejak penubuhannya 18 tahun lalu, Aman Palestin tidak pernah gagal menyalurkan bantuan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia secara terus kepada rakyat di Palestin, bukannya melalui kedutaan.

Jelas Abdullah Zaik, ramai yang tidak faham dan teus percaya dengan tohmahan yang dilemparkan sehingga timbul persepsi negatif terhadap badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kutipan dana untuk rakyat Palestin.

“Sebenarnya bukan NGO tidak hantar duit, tetapi tidak menyalurkan bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia.

“Rakyat Malaysia sememangnya tidak mahu dan tidak setuju salur bantuan melalui kedutaan (Palestin di Malaysia),” katanya memetik laporan daripada Sinar Harian, Selasa.

Tambahnya lagi, tohmahan yang didakwa ditimbulkan oleh pihak Kedutaan Palestin di Malaysia itu kemudian disambut oleh pihak yang ada kepentingan, membawa kepada pembekuan akaun Aman Palestin.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!