Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan menggalakkan golongan B40 dan asnaf negara menceburi bidang pertanian iaitu dengan menanam nanas sama ada secara individu atau berkumpulan bagi menjana pendapatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ini kerana pendapatan bulanan penanam nanas boleh mencecah setinggi antara RM5,000 hingga ke RM8,000 sehektar berdasarkan permintaan tinggi dari luar negara.
“Eksport nanas negara dijangka berkembang pada kadar lima peratus setiap tahun berikutan peningkatan permintaan bagi nanas segara dan produk nanas dalam tin.
“Dengan itu, kami menggalakkan kumpulan B40 dan asnaf menceburkan diri dalam bidang pertanian kerana kami mahu memberi mereka latihan mengenai kaedah penanaman dan tangkai nanas percuma untuk penanaman,” katanya.
Dalam pada itu juga, Nik Muhammad Zawawi berkata, untuk industri nanas di Kelantan, sejumlah RM10,000 telah diberikan kepada lima peserta di bawah Projek Transformasi dan Pengurusan Teknologi Penanaman Nanas.
Sumber: Bernama