Kebakaran melibatkan puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara dilaporkan pada jam 8.30 malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 malam.
“Susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan kawasan bangunan gerai-gerai Uptown Kota Damansara berkeluasan 70×100 kaki persegi yang 90 peratus terbakar dan turut hampir memusnahkan sebuah pusat gimnasium Kelas B berkeluasan 40×60 kp terbakar 50 peratus
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dan api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam.
Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung jumlah gerai yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.
“Ketika kejadian berlaku, semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan.
“Kejadian juga tidak membabitkan sebarang mangsa, proses ‘overhaul’ kini sedang dijalankan,” katanya.
Sementara itu, individu yang dipercayai peniaga di sana meluahkan rasa sedih dengan situasi yang berlaku. Di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat peniaga agar terus kuat dan sabar menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Sumber: Berita Harian, TikTok








