Filem Hindustan mempunyai ramai pengikut kerana jalan cerita yang tidak membosankan selain menerapkan beberapa unsur yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Darlings antara filem yang mengangkat elemen isu elemen wanita dan keluarga.
Filem yang diterbitkan oleh syarikat milik aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan ini membawa kisah seorang lelaki bernama Hamza yang merupakan anggota polis peminum arak tegar sering memukul isterinya Badru. Badru sedaya upaya mencari jalan untuk membuatkan Hamza berhenti dari meminum arak.
Walaupun Hamza seringkali memukulnya, namun Badru mudah menerima Hamza kembali selepas dijanjikan kata-kata manis. Badru sering dimarahi oleh ibunya yang menasihatkan agar dia memikirkan keadaan dirinya sendiri. Namun, kata-kata ibunya tidak diendahkan.
Kemuncak cerita, Badru telah ditolak jatuh dari tangga rumah mereka setelah Hamza mendapat tahu jiran mereka, Zulfi telah membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan Hamza. Hamza sangat marah apabila mengetahui Badru juga tahu Zulfi telah bertindak sedemikian.
Akibatnya, Badru keguguran dan sejak dari itu, perwatakannya mula berubah. Tiada lagi Badru yang dahulu, di mana dia mula membalas segala perbuatan Hamza yang pernah lakukan terhadapnya sebelum ini.
Walaupun mempunyai ruang dan peluang untuk menamatkan sahaja ‘riwayat’ suaminya, namun Badru bimbang dia akan terus dibayangi dengan kesalahan itu.
Filem ini menerima respon positif daripada penonton yang menyatakan sokongan dengan pendedahan tentang isu penderaan selain membawa mesej kekuatan seorang wanita. Rata-rata memberikan rating (penilaian) 4 daripada 5 bintang.
Sumber: Netflix