Presiden NGO ditahan berkhalwat | The Reporter

Presiden NGO ditahan berkhalwat

Sumber Gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang presiden sebuah pertubuhan amal selepas disyaki berkhalwat, berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.

Menerusi satu laporan, lelaki berkenaan dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Individu itu juga dilaporkan aktif mengutip derma bagi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya antara enam ke lapan tahun lalu selain antara individu yang lantang bersuara mengenai isu Palestin di media sosial.

“Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki itu cuba melarikan diri. Katanya dia bertemu dengan wanita berkenaan hanya untuk menyerahkan barang.

“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts