'Presiden MN sendiri jemput saya' - Nik Elin sahkan dirinya ahli Muafakat Nasional - The Reporter

‘Presiden MN sendiri jemput saya’ – Nik Elin sahkan dirinya ahli Muafakat Nasional

Sumber gambar: Google Images

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan bahawa beliau adalah ahli Muafakat Nasional (MN), sekali gus menjawab segala dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Nik Elin, beliau telah menyertai MN selepas dijemput oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya memohon keahlian secara dalam talian dan diluluskan serta-merta,” katanya dalam temubual eksklusif dalam podcast ‘Beyond the Headlines’, bersama New Straits Times pada Ahad.

Sebelum ini, Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, telah mencabar Perlembagaan berhubung peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen tersebut adalah terbatal dan tidak sah.

Namun, Nik Elin menegaskan bahawa tindakan mereka mencabar 18 peruntukan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kepentingan politik.

“Kami tidak disokong oleh sesiapa, hanya kami berdua dan juga peguam,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!