Polis siasat syarikat pengutip zakat yang disyaki pecah amanah lebih RM9.7 juta - The Reporter

Polis siasat syarikat pengutip zakat yang disyaki pecah amanah lebih RM9.7 juta

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Syarikat yang diberi amanah untuk mengumpul zakat di empat negeri kini sedang disiasat polis, atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan jumlah lebih daripada RM9.7 juta, kerana gagal menyerahkan kutipan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri.

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berkata, empat kes pecah amanah tersebut berkaitan dengan kutipan zakat sedang disiasat oleh pihaknya. Dua kes berlaku di Selangor, satu di Terengganu dan satu lagi di Perak.

Jumlah kerugian keseluruhan bagi semua kes adalah sebanyak RM9,714,182. Kes yang berlaku di Perak mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682.

Syarikat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai ejen pengutipan zakat didapati telah gagal mendepositkan kutipan zakat dari Mac 2023 hingga September 2023.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada pihak syarikat terbabit untuk membantu proses siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!