Polis siasat pengawal peribadi kerabat diraja, disyaki pukul pemandu e-hailing - The Reporter

Polis siasat pengawal peribadi kerabat diraja, disyaki pukul pemandu e-hailing

Sumber Gambar: Astro Awani

Satu kertas siasatan dibuka berhubung kejadian laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul oleh pengawal peribadi seorang kerabat diraja di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, pemandu berkenaan merupakan sorang orang kurang upaya (OKU)

“Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan.

“Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Pemandu berkenaan mendakwa telah ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields.

Susulan itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!