Polis jalankan siasatan dakwaan penyanyi rap dirakam anggota PBT ketika diurut | The Reporter

Polis jalankan siasatan dakwaan penyanyi rap dirakam anggota PBT ketika diurut

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular mengenai kenyataan seorang penyanyi rap, Zameera yang mendakawa pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) merakam dirinya secara rahsia di sebuah premis kecantikan di Subang Jaya.

@al_boeboes

Raid masuk rumah urut berlesen, semua officer lelaki, selak2 tirai bilik sambil record. Bila tanye semua senyap, boleh plak tanye ape yg tak senonoh? Yg tak senonoh tu engkau la. Bawak la officer wanita.

♬ original sound – aL_BoeBoeS – aL_BoeBoeS

Susulan itu, polis menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati serbuan dijalankan pasukan Bahagian Operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di lokasi berkenaan.

“Semasa serbuan dilakukan pengadu telah mengarahkan anggotanya untuk merakam video dan mengambil gambar bagi membuktikan aktiviti yang berkaitan dengan urutan selain melakukan pemeriksaan lesen perniagaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan sah MBSJ dan telah menyalahi undang-undang di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013,” katanya.

Semasa pemeriksaan dijalankan juga katanya, seorang wanita melakukan provokasi dengan tidak memberikan kad pengenalan diri selain mempertikaikan tindakan dokumentasi yang dijalankan oleh pihak serbuan.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit turut melakukan provokasi selain merakam tugas pihak serbuan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Pengadu kemudiannya bersama suspek turut membuat pemeriksaan telefon bimbit anggota terlibat yang didakwa merakam video sebelum mendapati tiada gambar video atau gambar wanita itu yang dirakam.

“Pengadu turut menjelaskan telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut undang-undang kepada wanita tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Azlan turut memaklumkan, laporan polis telah dibuat oleh pengadu berkaitan serbuan yang dijalankan oleh pihak MBSJ ditularkan dan wanita berkenaan juga membuat laporan dengan dakwaan telah dirakam ketika dirinya tidak berbaju ketika diurut.

Related Posts