Polis gesa Christine Hill buat laporan, jika tiada ia sekadar fitnah sahaja - The Reporter

Polis gesa Christine Hill buat laporan, jika tiada ia sekadar fitnah sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sabtu lalu, tular ciapan di aplikasi X seorang bekas wartawan asing yang mendakwa dia telah dicabul 50 lelaki tempatan ketika berjalan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, polis memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan itu yang dikatakan berlaku semasa wanita itu berjalan dari Pasar Seni ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Namun, pihaknya menggesa wanita terbabit tampil membuat laporan polis untuk diambil tindakan. Sekiranya tiada laporan dibuat, kenyataan wanita bernama Christine Hill itu hanya sekadar fitnah yang tidak berasas untuk memburukkan imej Kuala Lumpur.

Christine telah menyahaktifkan akaun X

“Kalau betul ada kejadian, buatlah laporan polis. Jangan sebarkan perkara yang tidak benar dan tidak berasas. Ini hanya akan menimbulkan rasa gusar dan ketakutan di kalangan orang awam,” katanya.

Tiada tindakan yang akan diambil kerana polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan Christine.

Terdahulu, Christine mendakwa dia dicabul oleh 50 lelaki yang Melayu yang cuba meraba payudaranya semasa berjalan dari Pasar Seni ke Shang ri La. Kejadian itu didakwa berlaku ketika dia masih muda dan tiada sebarang laporan polis dibuat.

Disebabkan hal itu, Christine mengambil keputusan untuk berpindah ke Singapura.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!