'Please kak Sarah, you have your own standard' - Peminat kesal Puteri Sarah Liyana guna filter jantan - The Reporter

‘Please kak Sarah, you have your own standard’ – Peminat kesal Puteri Sarah Liyana guna filter jantan

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana (PSL) memuat naik video yang menunjukkan dirinya menggunakan filter berwajah ‘jantan’ dengan kapsyen “Sarah ok ke tak tu?”.

Ramai percaya kapsyen itu merujuk kepada isu vape yang dihadapinya beberapa hari lalu yang menyebabkan pelakon itu dikritik.

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengikutnya tidak menggemari dia berbuat demikian kerana ia seolah menjatuhkan standard dirinya yang selama ini dipandang lebih beradab dan sopan.

“Saya pun tak suka PSL macam ni walaupun hanya untuk santai-santai. Maafkan saya, saya nak PSL yang gojes tu,” kata Nadira.

“Hala-hala, terus macam tersama level yang sebelah sana. Please kak Sarah, you have your own standard. Keep silent je. Jangan post macam ni, we still love you,” kata Roslina.

Terdahulu, Puteri Sarah dikritik netizen kerana menghisap vape semasa live di platform TikTok.

Namun, Puteri Sarah dan rakannya memohon maaf kerana berbuat demikian dan berharap isu tersebut tidak lagi dipanjangkan.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!