Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Program realiti Talk To My Manager kini memasuki minggu keempat siaran. Program realiti yang menampilkan gandingan pengurus dan artis terdiri daripada ibu bapa selebriti serta anak mereka semakin mendapat tempat di hati penonton.
Persembahan bertenaga dan luar biasa setiap minggu membuatkan penonton tidak sabar menantikan kejutan baharu daripada para peserta.
Malam tadi, persembahan Ara Aziz, anak kepada pengarah terkenal Aziz M. Osman, mencuri perhatian apabila menyampaikan mesej anti-buli.
Ara membawakan lagu Cups (When I’m Gone) nyanyian asal Anna Kendrick, dengan persembahan kreatif menggunakan permainan cawan di atas pentas.
Seperti minggu-minggu sebelumnya, Ara konsisten menampilkan persembahan berkonsepkan teater dan sarat mesej, yang sering meraih pujian juri.
“Kami adalah masa depan. Kami adalah harapan. Untuk generasi yang utuh, kami akan bersatu, menjadi pembela dan membela supaya tiada yang tewas antara kita,” katanya.
Baca juga:
- Raja Azura fail tuntutan nafkah terhadap bekas suami
- Fattah & Amira umum pernikahan 14 September ini
- Persembahan Ara Aziz curi perhatian dengan mesej anti-buli
Persembahan Ara bukan sahaja menyentuh hati penonton, malah membuatkan juri turut gagal menahan air mata.
“Persembahan Ara malam tadi sangat best. Bukan sahaja menghiburkan, malah mesej anti-buli yang disampaikan sangat bermakna,” kata seorang netizen.
Talk To My Manager yang bersiaran setiap Ahad menampilkan pasangan Ammar & Ameng Spring, Auddra & Sharifah Shahirah, Thalita & Shuib Sepahtu, Marsya & Liza Hanim, Amad & Siti Saerah, Athalia & Sharifah Zarina, Ara Aziz & Aziz M. Osman serta Hadie & Ina Naim.