Perlis kuatkuasakan papan tanda iklan tulisan Jawi mulai 1 Februari - The Reporter

Perlis kuatkuasakan papan tanda iklan tulisan Jawi mulai 1 Februari

Bermula 1 Februari ini, kerajaan Perlis akan menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan, papan iklan di seluruh negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, penguatkuasaan berkenaan turut akan membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan serta kawasan kejiranan di negeri itu.

Ujarnya kewajipan berkenaan melibatkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan tanpa mengganggu papan tanda iklan sedia ada.

“Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan Jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu,” katanya.

Penguatkuasaan tersebut katanya dalam usaha untuk memperkasakan dan mendedahkan tulisan Jawi kepada semua lapisan masyarakat.

Menerusi usaha tersebut juga, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sementara itu, masyarakat menyambut baik usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Perlis ini dalam memperkasakan lagi tulisan Jawi. Selain daripada Perlis, negeri Kedah, Pahang, Terengganu, Melaka dan Kelantan sudah memulakan usaha ini.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!