Penunggang motosikal terkandas banjir, tindakan pemandu lori raih pujian | The Reporter

Penunggang motosikal terkandas banjir, tindakan pemandu lori raih pujian

Banjir di Johor
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok puan love1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Situasi banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah peningkatan mangsa banjir melebihi 10,000 orang berbanding 3,964 yang dilaporkan pada malam tadi.

Memetik laporan dari Buletin TV3, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.

Johor Bahru dilaporkan menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.

Walaupun dilanda musibah, namun masyarakat di negeri berkenaan tabah menghadapi ujian berkenaan. Disebalik musibah itu juga, ada keceriaan yang mengubat luka mereka.

Satu video tular merakamkan sebuah lori treler panjang yang memuatkan beberapa buah motosikal yang dipercayai terkandas dalam banjir.

Suasana yang jarang dilihat itu membuatkan orang ramai tidak melepaskan peluang merakam situasi tersebut apatah lagi pemandu lori membunyikan hon apabila melalui kawasan berkenaan.

Apa yang mencuit hati ramai apabila penunggang -penunggang motosikal melambai-lambai tangan ke arah orang ramai seolah-olah ketika itu berada dalam perbarisan Hari Merdeka.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menzahirkan penghargaan buat pemandu lori berkenaan yang sudi membantu penunggang-penunggang motosikal tersebut.

Related Posts