Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu tuntutan kerja lebih masa (OT) bernilai kira-kira RM146,000.
Semua suspek yang berkhidmat di sebuah pusat kesihatan di negeri ini ditahan kira-kira jam 9.40 pagi Selasa.
Menerusi satu laporan, sumber menyatakan suspek mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan.
“Siasatan awal mendapati semua suspek membabitkan empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa.
“Tuntutan palsu itu dari 2020 hingga 2021 sedangkan perkara itu tidak dilaksanakan,” katanya.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh pada Khamis ini di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu,” katanya.
Sumber: Berita Harian








