Penjawat Awam dinasihatkan tidak menambah hutang selepas kenaikan gaji SSPA - The Reporter

Penjawat Awam dinasihatkan tidak menambah hutang selepas kenaikan gaji SSPA

Penjawat awam tidak tambah hutang
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Penjawat awam dinasihatkan agar tidak menambah beban hutang baharu walaupun menerima kenaikan gaji pertama di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden Cuepacs, Datuk Dr Adnan Mat, berkata kenaikan gaji sebanyak lapan peratus bermula Disember 2024 perlu diuruskan dengan bijak, tanpa membuat pinjaman baharu atau bertindih.

Menurutnya, tindakan tersebut boleh menjejaskan produktiviti akibat bebanan hutang melampau.

“Walaupun hak membuat pinjaman terletak pada individu, Cuepacs menyarankan agar elakkan semua jenis pinjaman kecuali untuk perumahan demi masa depan mereka. Pinjaman peribadi sering tersasar dari matlamat asal,” katanya.

Beliau menekankan pentingnya mengelakkan pinjaman bertindih yang boleh menjejaskan kewangan penjawat awam.

Cuepacs juga menyarankan agar penjawat awam mengekalkan kadar perbelanjaan meskipun menikmati pelarasan gaji baharu. Dalam masa sama, Adnan berharap mereka dapat meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan kenaikan gaji yang diterima.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!