Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jika berkunjung ke Bukit Bintang, seolah diri berada di luar negara kerana kawasan yang digelar segi tiga emas itu sentiasa dipenuhi dengan warga asing.
Baru-baru ini juga ada laporan mendedahkan peniaga warga asing menjalankan perniagaan secara haram.
Peniaga jalanan haram atau dikenali sebagai ‘penjaja rambo’ telah dikesan menjual pelbagai barangan hiasan, bunga, permainan kanak-kanak, belon dan hiasan berlampu di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong.
Pada cuti hujung minggu katanya, mereka mampu menjual antara 100 hingga 200 bunga dengan harga RM15 dengan memperoleh anggaran keuntungan sebanyak RM3,000 sehari.
Kata mereka juga, mereka mudah mengaut keuntungan kerana kawasan berkenaan jarang diadakan operasi berbanding Dataran Merdeka.
Bagaimanapun, satu hantaran di TikTok pula, seorang anggota Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas bunga daripada seorang peniaga warga asing.
Menurut hantaran berkenaan, kawasan itu selalu disita. Namun, kerana ramai pembeli, peniaga-peniaga tidak serik menjalankan perniagaan haram mereka.
Selain itu juga, ada yang mencadangkan agar pihak penguat kuasa turut menjalankan operasi peniaga yang mengaut keuntungan menjual payung di sekitar kawasan berkenaan.
Sumber: Harian Metro








