Penjaga zoo berusia 59 tahun maut diserang sekumpulan singa | The Reporter

Penjaga zoo berusia 59 tahun maut diserang sekumpulan singa

Penjaga zoo berusia 59 tahun bergambar di hadapan kenderaan bercorak belang hitam putih di Safari World Bangkok.
Penjaga zoo berpengalaman 59 tahun ini maut diserang sekumpulan singa di Safari World Bangkok. | Kredit gambar: New York Post

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penjaga zoo berusia 59 tahun maut selepas diserang sekumpulan singa di Safari World Bangkok, Thailand, ketika sedang menjalankan tugas pada pagi Rabu.

Mangsa, Jian Rangkasamee, seorang pekerja berdedikasi dengan pengalaman lebih 30 tahun bersama haiwan dipercayai keluar dari kenderaan untuk mengutip sampah di dalam kandang terbuka sebelum insiden ngeri itu berlaku.

Lokasi mangsa diserang sekumpulan singa | Kredit gambar: New York Post

Menurut saksi, seekor singa mula menghampiri dari jarak kira-kira 10 meter lalu menerkam mangsa dari belakang. Tidak lama kemudian, beberapa ekor singa lain turut menyertai serangan tersebut. Pelancong yang menyaksikan kejadian menjerit ketakutan kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kami ingat singa-singa itu hanya bermain, rupa-rupanya mereka menggigit dan mengheret mangsa itu ke tanah,” kata Profesor Tavatchai Kanchanarin, seorang pengunjung yang kebetulan berada di lokasi.

Baca juga:

Usaha menyelamat gagal

Rakan sekerja mangsa hanya mampu membunyikan hon kenderaan bagi menghalau haiwan berkenaan, namun ia tidak berhasil. Pihak zoo terpaksa menggunakan senjata api untuk menghalau haiwan-haiwan berkenaan, namun ketika itu Jian sudah mengalami kecederaan parah termasuk tulang patah dan tubuhnya koyak digigit.

Hospital kemudian mengesahkan Jian meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Polis sedang jalankan siasatan di lokasi kejadian | Kredit gambar: New York Post

Polis kini menyiasat punca kejadian, manakala Safari World ditutup sementara bagi tujuan siasatan. Terdapat cadangan supaya singa yang terlibat dalam serangan itu dimatikan, namun pihak zoo masih belum membuat sebarang keputusan.

Pihak berkuasa Thailand turut memberi jaminan akan menilai semula aspek keselamatan zoo tersebut, termasuk larangan ketat agar pekerja dan pelawat tidak keluar dari kenderaan di kawasan haiwan liar.

Related Posts