Seorang peniaga warung di Terengganu, Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018, kini menarik nafas lega apabila hukuman tersebut digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun.
Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Tinggi yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Terdahulu, peguam yang mewakili Mohamad Zulkifli berkata, fakta kes menunjukkan anak guamnya adalah mangsa kerana kejadian berlaku berdekatan dengan kediamannya ketika itu.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Zulkifli didapati bersalah membunuh Zulkefle Abdullah, 37, seorang pencari besi, di kawasan rumahnya di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada 10.30 pagi 7 Disember 2015.
Beliau kemudian merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober 2021 mengekalkan sabitan serta hukuman.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalkan hukuman kerana mangsa sudah lari tetapi dikejar oleh tertuduh serta kejadian adalah pada waktu siang.
Katanya, mangsa juga minta tolong, namun dihalang oleh tertuduh yang tidak membenarkan orang awam membantu mangsa sebelum mangsa meninggal disebabkan pendarahan yang banyak.
Kes pembunuhan ini juga telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Mohamad Zulkifli melakukan perbuatan itu kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak. Namun, dengan keputusan terbaru ini, Mohamad Zulkifli kini akan menjalani hukuman penjara selama 35 tahun.
Sumber: Harian Metro