Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Majistret Sungai Besar menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan ke atas seorang penjual goreng pisang atas dakwaan menculik dua kanak-kanak perempuan.
Bapa kepada dua anak itu didakwa telah menculik dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 6 dan 8 tahun dari penjaganya yang sah di Taman Ikan Emas, Jeram di Kuala Selangor, kira-kira pukul 6.30 petang pada 19 Julai lalu.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Tindakan tertuduh dikatakan kerana dia teringin mempunyai anak perempuan.
Terdahulu, lelaki berkenaan yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza telah melarikan dua kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di hadapan rumah.
Tertuduh mengajak kedua-dua mangsa menemaninya untuk menghantar surat sambil memberikan wang tunai RM50 sebagai upah.
Mangsa telah mengikut tertuduh ke kedai runcit dan mengajak berjalan-jalan sekitar Jeram dan singgah di rumahnya (tertuduh) sebelum menghantar semula mangsa kira-kira pukul 7.45 malam.
Sumber: Kosmo








