Pengiring MB Selangor ditegur susulan video tular, Amirudin mohon maaf | The Reporter

Pengiring MB Selangor ditegur susulan video tular, Amirudin mohon maaf

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan video tular membabitkan petugas pengiringnya.
Tangkap layar video tular yang mendakwa berlaku insiden melibatkan seorang petugas pengiring Menteri Besar Selangor di sebuah plaza tol.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf berhubung tindakan seorang petugas pengiring beliau yang didakwa terlibat dalam insiden pertengkaran seperti dipaparkan menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi kenyataan ringkas, Amirudin berkata semakan telah dilakukan berhubung kejadian tersebut sebelum teguran diberikan kepada petugas terbabit.

“Berhubung isu video yang tular ini, setelah semakan dilakukan, secara peribadi saya memohon maaf atas perlakuan tersebut.

“Teguran telah dibuat ke atas petugas tersebut oleh pentadbiran saya dan akan dielakkan daripada berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Hantaran di Thread MB Selangor
Baca juga:

Beliau turut mengulangi permohonan maaf berhubung perkara itu.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan dakwaan seorang pengguna jalan raya berdepan dengan tindakan seorang individu yang dipercayai petugas pengiring kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam hantaran berkenaan, pengguna jalan raya itu mendakwa individu terbabit membuka tingkap kenderaan sebelum memarahinya ketika keadaan trafik sesak di plaza tol.

Related Posts