Penghantar makanan tampan, akui sering 'diganggu' pelanggan wanita gedik - The Reporter

Penghantar makanan tampan, akui sering ‘diganggu’ pelanggan wanita gedik

Sumber gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Muhammad Syahmi Abni Hajar, 26, seorang penghantar makanan dan penunggang p-hailing, kerap menjadi sasaran ‘gangguan’ oleh pelanggan, terutama wanita, disebabkan oleh ketampanannya.

Menurutnya, ada pelanggan yang mula ‘menggedik’ ketika dia mengambil pesanan di kedai. Ada juga yang menghantar mesej secara peribadi untuk membuat pesanan tanpa menggunakan aplikasi yang disediakan.

Namun, Muhammad Syahmi tidak pernah ambil hati selagi pelanggan menjaga batas.

“Usikan atau gangguan nakal yang bersifat keterlaluan tidak pernah lagi. Cuma, ada beberapa vendor yang saya ambil pesanan makanan akan ‘menggedik’. Kadang pelanggan tengok naik segan pula,” katanya.

Dia juga menceritakan tentang pelanggan yang menghantar mesej secara peribadi meminta dia membelikan makanan dan membuat permintaan yang pelbagai.

“Seolah-olah saya ini pasangan mereka pula. Lucu juga perangai mereka ini,” tambahnya.

Muhammad Syahmi, yang sudah lebih setahun menjadi ‘rider’, sering ditanya kenapa memilih kerjaya itu dan bukan menjadi pelakon atau model iklan.

“Bagi saya, jika ada rezeki dan dapat tawaran, saya terima saja. Buat masa sekarang, saya bersyukur dengan apa yang ada,” jelasnya.

Sebelum ini, dia pernah bekerja di beberapa klinik kecantikan. Apabila kontrak tamat, dia mencuba dalam bidang perkhidmatan P-Hailing dengan menjadi ‘rider’.

“Kenapa ‘rider’? Sebab saya seorang yang suka menyelesaikan sesuatu perkara dengan cepat dan tidak suka menunggu sesuatu dalam tempoh lama. Lagi pula saya lemah dalam bab dokumentasi. Kerjaya ini OK dan lebih selesa bekerja sendiri,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Total
0
Shares
Total
0
Share