Penduduk di Pasir Mas, Tumpat, Bachok & Pasir Puteh culas bayar bil air, jumlah tunggakan capai RM27 juta - The Reporter

Penduduk di Pasir Mas, Tumpat, Bachok & Pasir Puteh culas bayar bil air, jumlah tunggakan capai RM27 juta

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendedahkan, penduduk di empat daerah di Kelantan, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, culas melunaskan bayaran bil air menyebabkan tunggakan telah mencapai RM27 juta sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menurut Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata, jumlah tunggakan ini disebabkan oleh kegagalan pengguna membayar bil air mereka selama tiga bulan atau lebih.

Walaupun begitu, ada beberapa pengguna di Jeli yang membuat pembayaran dengan baik dan kebanyakan tunggakan mereka tidak melebihi dua bulan.

AKSB kini sedang melaksanakan program untuk menggalakkan pengguna membayar tunggakan bil air mereka secepat mungkin. Pembayaran tunggakan ini akan membantu meningkatkan aliran tunai AKSB dan mempercepatkan tindakan, terutama dalam kerja-kerja pembaikian paip.

Izani juga menambah, sekiranya AKSB dapat menerima bayaran dengan cepat, dana tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Sehingga kini, AKSB memiliki 274,000 akaun yang melibatkan pengguna domestik dan bukan domestik.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!