‘Penat kerja, tapi tak dapat hasil’ – Norlia Ghani kecewa kena ‘game’ Stesen TV

Pelakon veteran, Norlia Ghani, semalam meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah stesen televisyen tempatan yang dikatakan masih belum membuat pembayaran, sedangkan masa dan tenaga telah disumbangkan dalam menjayakan drama terbitan pihak berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Norlia berkata, walaupun jumlah bayaran yang dituntutnya itu adalah kecil, tetapi amat bermakna buat dirinya untuk melangsungkan kehidupan.

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa. Tapi hari raya pun dah habis, harap adalah dapat payment walaupun sedikit.

“Buat episod.. apakah Owe**** TV tak ada duit? Sedangkan station lain cepat saja dah selesai bayaran. Penat kerja, tapi tak dapat hasil,” katanya.

Turut menerima nasib yang sama, Art, yang mendakwa sudah dua tahun lebih tidak mendapat bayaran yang sepatutnya daripada stesen TV berkenaan.

“Saya crew pun tak dapat payment dah hampir dua tahun lebih. Dari sebelum saya kahwin, sampai dah ada anak.

“Kerja dah settle, payment tak dapat lagi. Alih-alih dah malas nak meminta sebab kita pula yang macam pengemis meminta-minta,” katanya.

Sumber: Instagram Norlia Ghani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!