Pemandu teksi mahu ‘Kekal Anwar’, rancang himpunan balas 27 Sept | The Reporter

Pemandu teksi mahu ‘Kekal Anwar’, rancang himpunan balas 27 Sept

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan isyarat bagus, disunting bersama sekumpulan pemandu teksi GTSM memakai pakaian seragam dan topi merah sambil mengangkat tangan sebagai tanda sokongan.
Pemandu teksi dari GTSM berikrar sokong Anwar, rancang Himpunan ‘Kekal Anwar’ di Dataran Merdeka pada 27 September ini. | Kredit gambar: Free Malaysia Today

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas laungan ‘Turun Anwar’ bergema di Dataran Merdeka minggu lalu, kini giliran penyokong Perdana Menteri pula turun ke jalan, kali ini atas nama ‘Kekal Anwar’.

Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) merancang menganjurkan perhimpunan aman pada 27 September di lokasi sama bagi menyatakan sokongan terbuka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.

Presiden GTSM, Kamarudin Hussain berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan rakyat masih bersama Anwar dalam usaha membawa pembaharuan dan kestabilan negara.

“Kami mungkin hanya pemandu teksi, tetapi kami juga rakyat yang sayangkan negara. Kami yakin kepimpinan Anwar adalah jalan terbaik untuk masa depan yang lebih adil dan makmur,” katanya.

Baca juga:

Jemput Anwar hadir, seru rakyat bersatu

Kamarudin yang juga ahli PKR dan bekas ketua cabang Selayang turut mengundang Anwar secara rasmi ke perhimpunan itu, sambil menyeru pelajar, masyarakat sivil dan parti-parti komponen kerajaan perpaduan untuk bersama-sama hadir.

Katanya suara majoriti rakyat yang senyap perlu diberi ruang untuk bersuara, bukan sekadar membiarkan pentas awam dimonopoli pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan.

“Kami harap mesej ini sampai bukan saja kepada rakyat Malaysia, tapi juga kepada dunia bahawa negara ini masih ada harapan jika kita bersatu,” ujarnya.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts