Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mulai 1 Oktober 2024, pemandu kenderaan asing yang mempunyai saman trafik tertunggak di Malaysia akan dikenakan tindakan apabila sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) dikuatkuasakan sepenuhnya.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, antara 1 Oktober hingga 31 Disember, penguatkuasaan VEP akan dilakukan secara berperingkat dan kenderaan asing dengan saman yang belum dijelaskan masih dibenarkan masuk dan keluar dari Malaysia.
Menurut laporan The Straits Times, JPJ akan memberi tumpuan kepada ‘pendidikan’ sepanjang tempoh ini. Namun, mulai 1 Januari 2025, tindakan penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan.
Pemilik kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak digalakkan untuk menjelaskan saman mereka sebelum keluar dari Malaysia mulai 1 Oktober.
Sebelum ini, dilaporkan pemandu dari Singapura telah mengumpul sebanyak 35,011 saman trafik yang belum dibayar kepada pihak berkuasa Malaysia sejak tahun 1990, dengan jumlah nilai saman dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.
Penguatkuasaan sistem VEP akan membolehkan pihak berkuasa mengesan setiap kesalahan trafik yang dilakukan oleh kenderaan asing.
Pemilik kenderaan asing yang gagal mematuhi peraturan VEP boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.








