'Pemandu lori dari neraka jahanam!' - Penduduk Bukit Changgang - The Reporter

‘Pemandu lori dari neraka jahanam!’ – Penduduk Bukit Changgang

“Pemandu lori dari neraka jahanam!” demikian kata seorang pengguna Facebook yang berang dengan sebuah lori dipandu secara melulu di jalan utama Bukit Changgang menghala ke Labohan Dagang, berdekatan kilang Genting Sanyen.

Menurut pengadu, pemandu lori terbabit memandu denagn laju sehingga menyebabkan saki baki muatan batu yang dibawa lori itu melantun mengenai keretanya.

“BRP 5328, kau memang b#d#h kan. Bawa lori dah la laju macam nak mengejar mati. Dah tahu dalam lori itu ada saki batu-batu, perlu ke kau nak laju atas jalan raya ini?

“Batu kau tu melantun-lantun sampai kena kereta aku yang berada di lorong kiri. Aku pula yang nyaris eksiden sebab nak mengelak. Bukan sikit ye batu tu, melambak-lambak berterabur atas jalan,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen, ramai penduduk mengakui laluan ini kerap dilalui lori besar tanpa mengira masa. Kebanyakannya memandu dengan laju dan pernah berlaku kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat di hadapan kilang tersebut.

Antara kemalangan yang berpunca dari lori pada 8 Januari 2024 di lokasi sama:

“Lori ini dah beberapa kali terserempak, hari tu pun hampir jatuh motosikal sebab elak batu besar jatuh dari lori ini. Laju gila lori ni,” kata Helmy Kechik.

“Dekat GS Paper traffic light nak masuk Rancangan Tanah Belia (RTB) pun lori berlumba sesama sendiri, bukan main laju. Ada yang siap kejar traffic light. Lepas itu bila dah langgar orang, kabo brek tak makan. Hawau ler. Padahal kau yang bawa lori tu laju macam nak tercirit,” kata Dyana Na.

“Betul, seram nak lalu jalan raya ini yang penuh dengan lori. Kita ni terselit antara lori-lori, pastu merempit bukan main. Entah bila nak selesai isu lori ni,” kata Zariah.

Justeru penduduk Bukit Changgang menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang memandu secara berbahaya di lokasi berkenaan, sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Komuniti Bukit Changgang

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!