Pemandu Bezza dikejar 28 unit peronda polis, miliki 11 rekod jenayah & masih dalam senarai dikehendaki polis - The Reporter

Pemandu Bezza dikejar 28 unit peronda polis, miliki 11 rekod jenayah & masih dalam senarai dikehendaki polis

Tular sebuah Perodua Bezza dikejar 28 unit peronda polis (MPV) awal pagi tadi, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohmad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.42 pagi di mana di Jalan Utara.

Kenderaan tersebut dilaporkan berada dalam keadaan mencurgakan dan diarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Tetapi pemandunya bertindak melarikan diri dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya.

Dalam usaha melarikan diri, suspek turut merempuh anggota unit rondaan bermotosikal (URB) yang cuba menahannya.

Susulan itu, hebahan bantuan dibuat dan beberapa unit MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Serdang dan Subang Jaya turut membantu mengejar kenderaan tersebut. Kenderaan suspek berjaya di tahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang. Tetapi dua lagi suspek lelaki berjaya melarikan diri.

Siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 27 tahun memiliki 11 rekod kesalahan lampau (jenayah dan dadah) dan dikehendaki atas kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Manakala suspek wanita berusia 21 tahun pula tidak mempunyai rekod lampau.

Sumber gambar: Orang Awam

Pemeriksaan dalam kenderaan suspek pula menemui gunting, pisau, sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan individu lain dan kad debit. Barang-barang tersebut disyaki digunakan untuk memecah rumah.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!