Trend pemotongan langganan meningkat, pelanggan Astro semakin menyusut | The Reporter

Trend pemotongan langganan meningkat, pelanggan Astro semakin menyusut

Pinggan satelit Astro dipasang di balkoni flat, melambangkan isu pemotongan langganan Astro yang semakin meningkat.
Trend pemotongan langganan meningkat, pelanggan Astro semakin menyusut walaupun pelbagai strategi baharu dilancar. | Kredit gambar: NST

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Astro Malaysia Holdings Bhd dilihat semakin sukar mempertahankan kedudukan dalam pasaran media tempatan apabila trend pemotongan langganan terus meningkat, selain persaingan sengit daripada platform over-the-top (OTT).

Menurut analisis Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) yang dipetik Berita Harian, strategi baharu syarikat itu melalui pakej lebih murah Astro One hanya memberi kesan bercampur kepada prestasi kewangan.

Walaupun langkah itu membantu menambah pelanggan baharu, purata hasil setiap pengguna (ARPU) terus merosot kepada RM96.30, turun RM1.70 berbanding suku sebelumnya dan RM3.50 berbanding tahun lalu. HLIB menegaskan, hasil langganan secara tradisinya menyumbang sehingga 77 peratus daripada pendapatan kumpulan, menjadikan penurunan ini satu tekanan besar terhadap keuntungan.

Inisiatif baharu, tapi hasil iklan masih perlahan

Selain Astro One, syarikat turut melancarkan KULT, platform pemasaran digital berasaskan budaya bagi menjana pendapatan daripada kandungan premium, data pihak pertama dan rangkaian pencipta miliknya. Usaha ini bertujuan menarik pengiklan untuk berinteraksi dengan pengguna seiring trend budaya semasa.

Baca juga:

Namun, pemulihan perbelanjaan iklan (adex) kekal perlahan. Banyak syarikat multinasional (MNC) dilaporkan menangguh atau menyusun semula bajet iklan mereka berikutan ketidaktentuan makroekonomi. Situasi ini memburukkan lagi cabaran pendapatan Astro, meskipun syarikat memiliki francais kandungan tempatan yang kukuh.

Unjuran kewangan diturunkan, saranan jual dikekalkan

HLIB turut menurunkan unjuran kewangan Astro secara drastik bagi tahun kewangan 2026, 2027 dan 2028 masing-masing sebanyak 78 peratus, 60 peratus dan 42 peratus. Firma itu mengekalkan saranan “jual” terhadap saham Astro, dengan menegaskan prospek pendapatan syarikat kekal kabur.

Trend pemotongan langganan yang semakin ketara dan kelembapan pasaran iklan jelas menjadi penghalang utama kepada pemulihan syarikat penyiaran berkenaan dalam jangka pendek.

Related Posts