Pelajar yatim kritikal akibat kemalangan | The Reporter

Pelajar yatim kritikal akibat kemalangan

Pelajar berkenaan kini dirawat di hospital HUSM.
Gambar: Facebook USM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kisah menyayat hati menimpa seorang pelajar Tingkatan Satu yang kini bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan motosikal, baru-baru ini.

Pelajar tersebut, yang merupakan anak yatim, sebelum ini bergilir-gilir dengan kakaknya yang berada di Tingkatan Tiga untuk ke sekolah sambil menjaga ibu mereka yang terlantar akibat serangan strok.

Menurut Cikgu Nur Dihaniza yang berkongsikan kisah itu di media sosial memaklumkan abang mereka pula terpaksa keluar bekerja di sebuah kilang locking (sate ikan) demi menyara keluarga.

Namun, dugaan keluarga ini bertambah berat apabila pelajar berkenaan terlibat dalam kemalangan. Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dengan pendarahan di kepala serta patah empat tulang rusuk.

Kini, mangsa sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan berada dalam keadaan kritikal dengan tahap kesedaran yang sangat rendah. Tiub bantuan pernafasan turut dipasang bagi membolehkannya bernafas.

“Pembedahan terpaksa dilakukan kerana banyak kawasan di kepala yang mengalami pendarahan,” kata Cikgu Nur Dihaniza.

Baca juga:

Dalam hantaran di Facebook itu, cikgu berkenaan turut merayu orang ramai agar mendoakan kesembuhan pelajarnya agar kembali kuat demi ibunya yang kini terlantar sakit.

“Mohon sahabat semua doakan semoga anak murid saya ini kuat dan kembali sembuh supaya dapat berbakti kepada ibunya,” tulisnya.

Kisah yang dikongsikan mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen yang turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat keluarga berkenaan.

Related Posts